
TAWARAN TENDER TERBUKA
Yayasan Hijrah Selangor (YHS) dengan ini menjemput syarikat yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan untuk menyertai tender berikut:
- Nombor Tender: YHS.700-18/1/(01)
- Tajuk Tender: Request for Proposal (RFP) bagi Projek Kerjasama Vendor Penyedia Perkhidmatan e-Invois untuk Pelaksanaan kepada Usahawan Yayasan Hijrah Selangor
- Tarikh Tutup: 22 Julai 2026 (Rabu), Jam 5.00 Petang
Tujuan RFP
RFP ini bertujuan untuk mendapatkan dan menilai kertas cadangan daripada syarikat penyedia perkhidmatan e-Invois yang berkelayakan, bagi pemilihan vendor untuk melaksanakan perkhidmatan e-Invois kepada usahawan Yayasan Hijrah Selangor (YHS).
Keterangan Tender
- Tarikh Mula Tawaran: 09 Julai 2026
- Tarikh Tutup Tawaran: 22 Julai 2026
- Lokaliti Iklan: Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pendaftaran Penyertaan
Syarikat yang berminat untuk menyertai tender ini hendaklah melengkapkan pendaftaran melalui pautan berikut:
🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/bfkLMJbBm3adiDrW9
- Tarikh Pendaftaran Dibuka: 02 Julai 2026
- Tarikh Pendaftaran Ditutup: 08 Julai 2026 (Pukul 5.00 Petang)
Nota Penting
Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. YHS berhak untuk menerima atau menolak mana-mana tawaran, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, tanpa memberikan sebarang alasan, dan keputusan YHS adalah muktamad.