Program Pembangunan Usahawan adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasa Usahawan Hijrah melalui latihan dan bimbingan bagi menjamin kelangsungan perniagaan mereka. Program ini menyediakan kursus-kursus yang relevan dengan keperluan semasa bagi memastikan Usahawan Hijrah kekal berdaya saing di pasaran. Selain itu, program ini turut menyediakan fasiliti latihan yang selesa dengan kelengkapan peralatan yang mencukupi serta menerapkan disiplin kewangan yang baik. Melalui pendekatan ini, Program Pembangunan Usahawan berperanan menyokong pembangunan usahawan yang berjaya, bukan sahaja di Selangor tetapi juga di seluruh Malaysia.