
Polisi Antirasuah
Polisi ini menggariskan komitmen Yayasan Hijrah Selangor (YHS) dalam mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pengubahan wang haram. Ia menjadi panduan untuk memastikan tadbir urus yang berintegriti, melindungi reputasi organisasi serta mematuhi keperluan undang-undang.
Polisi Konflik Kepentingan
- Polisi ini menetapkan garis panduan bagi mengenal pasti, mengurus dan menangani konflik kepentingan secara telus dan berkesan. Ia memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah berasaskan kepentingan terbaik YHS serta memelihara integriti dan reputasi organisasi.
- Polisi: Polisi Konflik Kepentingan | Yayasan Hijrah Selangor
Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah
Polisi ini menyediakan panduan berhubung amalan penerimaan dan pemberian hadiah dalam urusan rasmi bagi mengelakkan sebarang persepsi atau situasi yang boleh menimbulkan konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa atau unsur rasuah. Pelaksanaannya membantu mengekalkan integriti serta profesionalisme warga kerja YHS.
Polisi: Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah | Yayasan Hijrah Selangor
Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan
Polisi ini memberikan panduan dalam mengurus pengaruh luar dan surat sokongan yang diterima daripada individu atau organisasi. Ia bertujuan memastikan setiap pertimbangan dan keputusan dibuat secara bebas, objektif, telus serta berasaskan dasar dan kepentingan terbaik YHS.
Polisi: Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan | Yayasan Hijrah Selangor
Polisi Pengurusan Aduan
Polisi ini menerangkan tatacara pengurusan aduan berkaitan operasi YHS dan syarikat milikannya. Ia menyediakan saluran yang jelas, telus dan mudah diakses bagi membolehkan mana-mana individu atau syarikat mengemukakan aduan dengan yakin dan bertanggungjawab.
Polisi Rujukan Kepada Pihak Berkuasa (Whistleblowing)
Polisi ini menerangkan tatacara membuat laporan berkaitan Kelakuan Tidak Wajar yang berunsurkan jenayah kepada agensi penguatkuasaan. Ia menyediakan mekanisme pemberian maklumat (whistleblowing) yang telus bagi menggalakkan mana-mana individu atau syarikat melaporkan sebarang salah laku dengan penuh tanggungjawab.
Polisi: Polisi Rujukan Kepada Pihak Berkuasa (Whistleblowing) | Yayasan Hijrah Selangor