NOTIS PRIVASI
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Berkuatkuasa pada: 7 Januari 2015
Terakhir dikemaskini pada: 30 Oktober 2025
Notis bertulis ini ("Notis") dikeluarkan oleh Yayasan Hijrah Selangor ("YHS") dan bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensinya (secara kolektif "kami") kepada anda. Untuk tujuan Notis ini, terma "data peribadi", "data peribadi sensitif" dan "pemprosesan" mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta").
1.0 PERSETUJUAN
1.1 Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda menurut Notis ini.
2.0 PERIHALAN DATA PERIBADI
2.1 Kami berkemungkinan mengumpul pelbagai data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) daripada anda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, umur, nombor Kad Pengenalan Malaysia ("MyKad"), nombor pasport atau nombor pengenalan peribadi lain, kewarganegaraan, bangsa, agama, biometrik, pilihan dan minat anda, tandatangan, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, status perkahwinan, gambar, maklumat akaun bank, maklumat kad kredit, dan data peribadi lain yang dihantar atau dikemukakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya. Jika berkaitan, kami mungkin diperlukan oleh undang-undang untuk mengumpul data peribadi tertentu daripada anda.
3.0 TUJUAN
3.1 Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan, digunakan, dan diproses selanjutnya oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut (jika relevan):
- melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami dengan anda (seperti penilaian permohonan/permintaan anda untuk produk/perkhidmatan kami, untuk menubuhkan kedudukan kewangan anda, butiran-butiran pekerjaan, kepercayaan kredit dan/atau kesesuaian bagi mana-mana produk/perkhidmatan kami yang dipohon (jika diperlukan) dan untuk mentadbirkan akaun anda dengan kami);
- memastikan anda melaksanakan aktiviti-aktiviti pra- kontrak dan obligasi-obligasi kontrak anda kepada kami;
- tujuan-tujuan yang berkaitan dengan penggunaan produk/perkhidmatan kami oleh anda;
- tujuan-tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman, termasuk tanpa had untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan data;
- memberikan anda akses kepada mana-mana aplikasi atau platform dalam talian atau laman web yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh, atau bagi pihak, kami (“Platform”);
- berkomunikasi dengan anda, menangani pertanyaan atau aduan anda, menyelesaikan sebarang isu/pertikaian dan menguatkuasakan hak-hak kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada mendapatkan nasihat profesional;
- operasi, pengurusan dan/atau penyelenggaraan sistem kami dan premis kami;
- tujuan-tujuan pembangunan perniagaan, tinjauan/penyelidikan pasaran dan analisis trend seperti penilaian keberkesanan pemasaran/pengiklanan atau kandungan pemasaran kami, kompilasi statistik, pelaporan, audit, pematuhan, pengurusan dan penilaian risiko, analisis-analisis data untuk menambahbaik produk/perkhidmatan kami dan untuk tujuan membantu kami dalam sebarang urusan-urusan dengan anda di masa hadapan, sebagai contoh, untuk mengenalpasti keperluan dan pilihan anda;
- menganjurkan, mengambil bahagian dalam, mengurus dan/atau menjalankan tugas yang berkaitan dengan acara, pertandingan, persaingan, program dan aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh, atau bagi pihak, kami (“Acara”) dan mengiklankan dan memberi anda maklumat (seperti Acara, tawaran-tawaran atau promosi-promosi) yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan kami, syarikat-syarikat bersekutu kami dan rakan-rakan perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar surat berita elektronik, bahan-bahan pemasaran promosi, mesej-mesej dan salam bermusim/ulang tahun, hadiah-hadiah dan/atau baucer-baucer kepada anda;
- menerbitkan gambar-gambar atau rakaman-rakaman video anda, yang ditangkap semasa penyertaan anda dalam mana-mana Acara (dengan atau tanpa nama anda), di Platform atau media sosial kami atau di premis-premis kami;
- mematuhi undang-undang, kontrak, dan/atau kewajipan kawal selia dan tujuan berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaporan kewangan atau peraturan, audit dan tujuan penyimpanan rekod;
- mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti-aktiviti haram atau jenayah, pelanggaran-pelanggaran dan memenuhi/mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia dan/atau arahan-arahan dan permintaan-permintaan daripada pegawai penguatkuasa undang-undang atau badan kerajaan dan pihak berkuasa pengawalseliaan;
- untuk menentukan status anda atau untuk memudahkan kami membuat sebarang keputusan, contohnya, menyemak butiran dalam permohonan perkhidmatan berkaitan kredit atau kemudahan lain, menguruskan akaun berkaitan kredit atau kemudahan (termasuk menjalankan semakan portfolio anda), mendapatkan semula hutang; penstrukturan semula atau transaksi korporat sebenar atau yang dijangkakan yang melibatkan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan semula dan/atau penyusunan semula dan/atau pemerolehan, pelupusan, penjualan, penyerahan dan/atau pemindahan mana- mana atau semua bahagian perniagaan, hak-hak, obligasi-obligasi, aset-aset atau stok kami (“Transaksi Korporat”); dan/atau
- tujuan-tujuan lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.
(secara kolektif, “Tujuan-Tujuan”).
4.0 SUMBER DATA PERIBADI
4.1 Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber-sumber, termasuk tanpa had:
- dari borang-borang yang dikemukakan/dihantar atau diisi oleh anda atau bagi pihak anda kepada kami melalui Aplikasi DANAPLUS By Hijrah Selangor, Laman Sesawang Rasmi YHS, dan/atau sebarang kaedah lain;
- apabila anda melawat premis-premis kami atau apabila anda menggunakan produk/perkhidmatan kami;
- melalui Platform dan/atau kuki;
- apabila anda mengambil bahagian dalam Acara kami;
- dari mana-mana maklumat atau dokumen yang diserahkan atau diberikan oleh anda kepada kami untuk mana-mana Tujuan-Tujuan (seperti “MyKad” atau pasport);
- apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, e-mel dan/atau melalui Platform;
- dari mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi-agensi rujukan kredit, pihak pengawalseliaan berkuasa dan penguatkuasa undang- undang dan sumber-sumber pihak ketiga yang lain); dan/atau
- dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.
5.0 AKSES KEPADA PEMBETULAN TERHADAP DAN HAD PEMPROSESAN DATA PERIBADI
5.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda. Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
5.2 Anda boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran langsung. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) dengan memberikan kami suatu notis bertulis tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk pelaksanaan penarikan balik persetujuan tersebut. Jika anda mengehadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, ia akan menyebabkan:
- kami tidak dapat terus mentadbir sebarang pengaturan atau hubungan kontraktual antara anda dan kami;
- kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana obligasi-obligasi kontraktual kami kepada anda (jika ada);
- kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Tujuan-Tujuan; dan/atau
- penamatan sebarang pengaturanatau perjanjian-perjanjian/kontrak-kontrak antara anda dan kami, tanpa sebarang liabiliti dari pihak kami (“Akibat”).
5.3 Anda boleh menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan-pertanyaan atau aduan-aduan berkenaan dengan data peribadi anda melalui kaedah-kaedah di bawah:
- Menghantar e-mel kepada: cs@hijrahselangor.com.
- Mengakses butang “Bantuan” melalui aplikasi DANAPLUS By Hijrah Selangor.
6.0 PENZAHIRAN DATA PERIBADI
6.1 Kami mungkin menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga berikut (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berkaitan dengan atau untuk memenuhi mana-mana Tujuan-Tujuan:
Kami mungkin menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga berikut (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berkaitan dengan atau untuk memenuhi mana-mana Tujuan-Tujuan:
- badan-badan korporat berkaitan dengan kami dan/atau syarikat-syarikat bersekutu dan/atau kumpulan kami (“Syarikat Berkaitan”);
- rakan-rakan perniagaan, kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal-pembekal perkhidmatan pusat data kami, pembekal-pembekal kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod, pembekal-pembekal perkhidmatan awam, pembekal- pembekal perkhidmatan teknologi maklumat dan/atau penganalisis data dan agensi-agensi pemasaran;
- agensi-agensi pelaporan/rujukan kredit, dan agensi- agensi semakan latar belakang termasuk Central Credit Reference Information System (CCRIS), CTOS Data Systems Sdn Bhd, Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd, Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd atau mana-mana agensi lain yang tidak disebut atau dinyatakan di sini;
- penasihat-penasihat kewangan atau profesional kami yang lain;
- bank-bank, syarikat-syarikat takaful/insurans, pembekal-pembekal perkhidmatan pengesahan kad kredit dan pemproses-pemproses pembayaran;
- jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan Kerajaan Negeri Selangor mahupun Kerajaan Persekutuan (termasuk tanpa had jabatan separa dan kuasi kerajaan), pihak-pihak berkuasa pengawalseliaan dan/atau badan- badan berkanun dan pegawai penguatkuasa undang-undang;
- mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda atau seperti yang dikehendaki oleh undang- undang;
- penama anda, ahli-ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang hubungan (bagi keadaan kecemasan) yang diberitahu kepada kami secara bertulis dari semasa ke semasa;
- kakitangan keselamatan dan sekuriti;
- pihak ketiga yang kepadanya hak, kepentingan, atau harta kami dipindahkan/diserahkan, pihak ketiga yang memindahkan/menyerahkan haknya, kepentingannya atau hartanya kepada kami, pihak ketiga yang memperolehi hak, kepentingan, atau harta kami atau pihak ketiga yang haknya, kepentingannya, atau hartanya kami memperolehi (sebenar atau berpotensi);
- pihak-pihak ketiga disebabkan oleh Transaksi Korporat; dan/atau
- pihak-pihak ketiga lain untuk mana-mana Tujuan-Tujuan.
6.2 Menurut klausa 6.1(c) di atas, anda bersetuju bahawa anda akan dipautkan oleh agensi-agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang anda gunakan atau mungkin telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Anda juga bersetuju bahawa kami mungkin berkongsi maklumat anda dan cara anda mengurus akaun atau kemudahan anda dengan agensi-agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkaitan dan untuk mana-mana agensi pelaporan/rujukan kredit ini mendedahkan maklumat kredit anda kepada pelanggannya.
7.0 PERKONGSIAN DATA DALAM KUMPULAN
7.1 Data peribadi anda mungkin dikongsi dengan Syarikat Berkaitan kami melalui pengaturan perkongsian data dalam kumpulan, untuk tujuan berikut:
- untuk mendaftarkan anda dan sebarang tindakan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau perniagaan Syarikat Berkaitan kami (jika berkenaan); dan
- membenarkan kami dan Syarikat Berkaitan kami untuk memberikan anda sebarang perkhidmatan, perniagaan, dan/atau perkhidmatan pelanggan, menambah baik perkhidmatan dan/atau perniagaan tersebut, dan mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan yang berkaitan melalui promosi, tawaran atau ganjaran istimewa (jika berkenaan).
7.2 Di mana anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan Syarikat Berkaitan kami, anda juga memberikan kebenaran untuk kami untuk menghantar sebarang pembetulan Data Peribadi yang anda minta kepada Syarikat Berkaitan kami, untuk membolehkan mereka mengemaskini rekod mereka.
8.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
8.1 Kami mengambil serius keselamatan data peribadi apabila memproses data peribadi anda. Kami akan melaksanakan langkah-langkah praktikal yang dikehendaki oleh undang-undang untuk melindungi data peribadi anda daripada apa- apa kehilangan, salahguna, ubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan termasuk tetapi terhad kepada:
- mengawal dan menghadkan takat kuasa kakitangan- kakitangan kami untuk mengakses sistem data peribadi;
- membatalkan ID pengguna dan kata laluan dengan serta merta apabila kakitangan-kakitangan kami yang diberi kebenaran untuk mengakses data peribadi tidak lagi mengendalikan data peribadi;
- menyimpan semua fail-fail fizikal yang mengandungi data peribadi di tempat yang berkunci; dan
- memastikan semua kakitangan kami yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi anda sentiasa menjaga kerahsiaan data peribadi anda.
9.0 TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI
9.1 Kami menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan-Tujuan utama seperti yang dinyatakan di dalam Notis ini. Ia adalah amalan standard kami untuk menyimpan data peribadi selama tidak lebih daripada tujuh (7) tahun kecuali jika dibenarkan atau dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa segala data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan berdasarkan prinsip dan amalan-amalan penyimpanan yang dinyatakan di atas.
10.0 DATA PERIBADI KANAK-KANAK BAWAH UMUR DAN LAIN-LAIN
10.1 Mengenai data peribadi yang berkaitan dengan:
- kanak- kanak di bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun, “Kanak-kanak Bawah Umur”), sila ambil perhatian bahawa persetujuan adalah diperlukan daripada ibu bapa atau penjaga Kanak-kanak Bawah Umur tersebut atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap Kanak-kanak Bawah Umur tersebut; dan
- seorang individu yang dianggap tidak berupaya untuk mengurus urusannya sendiri (iaitu individu tidak berupaya, “ITB”), sila ambil perhatian bahawa kami memerlukan persetujuan daripada seorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan-urusan ITB tersebut atau seorang yang diberi kuasa secara sah untuk mewakili ITB tersebut.
Di mana berkenaan, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah diberikan kuasa atau dibenarkan untuk memberi persetujuan bagi pihak Kanak-kanak Bawah Umur atau ITB tersebut seperti yang dinyatakan di atas dan anda bersetuju, bagi pihak Kanak-kanak Bawah Umur atau ITB tersebut, untuk pemprosesan (termasuk penzahiran dan pemindahan) data peribadi Kanak-kanak Bawah Umur atau ITB tersebut selaras dengan Notis ini. Sekiranya anda menyerahkan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami (sebagai tambahan kepada data peribadi Kanak-kanak Bawah Umur atau ITB tersebut), anda juga bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan Notis ini.
11.0 DATA PERIBADI PIHAK KETIGA
11.1 Kami mungkin memerlukan bantuan anda jika data peribadi berhubungan dengan orang-orang lain adalah diperlukan untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha-usaha terbaik anda untuk membantu kami apabila diperlukan.
11.2 Sekiranya data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
11.3 Jika orang lain memberikan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah memberi kebenaran untuk pemberian/pengemukaan data peribadi anda tersebut dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis ini.
12.0 DATA PERIBADI WAJIB
12.1 Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir- butir yang ditandakan atau dinyatakan wajib dalam borang-borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda tidak memberikan kami mana-mana data peribadi wajib tersebut, ia akan mengakibatkan mana-mana Akibat.
13.0 PEMINDAHAN DATA PERIBADI KE TEMPAT-TEMPAT DI LUAR MALAYSIA
13.1 Kami boleh, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke suatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.
14.0 KETEPATAN DATA PERIBADI
14.1 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Anda harus memaklumkan kami secara bertulis dengan kadar segera dan tepat jika terdapat sebarang perubahan dalam peribadi data anda. Rekod anda akan dikemaskinikan sebaik sahaja kami menerima notis tersebut daripada anda.
15.0 KONFLIK
15.1 Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara Notis ini versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Melayu akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.
16.0 PINDAAN-PINDAAN
16.1 Kami mungkin mengemaskini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui notis di Platform kami, melalui e-mel dalaman atau cara-cara lain yang sesuai. Apa-apa pindaan kepada Notis ini akan berkuatkuasa setelah pemakluman tersebut dikeluarkan. Dengan meneruskan urusan bersama kami atau mengakses Platform kami setelah penerbitan atau pengeluaran pemakluman mengenai pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap telah bersetuju kepada Notis ini (yang telah dipinda dan dikemaskini).
NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
Effective Date: 7 January 2015
Last Updated: 30 October 2025
This written notice ("Notice") is issued by Yayasan Hijrah Selangor ("YHS") and on behalf of Selangor State Government and its agencies (collectively "our", "us" or "we") to you. For the purpose of this Notice, the terms "personal data", "sensitive personal data" and "processing" shall have the same meaning as prescribed in the Personal Data Protection Act 2010 ("Act").
1.0 CONSENT
1.1 This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf and you agree to the processing of your personal data in accordance with this Notice.
2.0 DESCRIPTION OF PERSONAL DATA
2.1 We may collect a variety of personal data (including sensitive personal data) from you from time to time including but not limited to name, date of birth, age, Malaysian National Registration Identity Card (“MyKad”) number, passport number or such other personal identification number, nationality, race, religion, biometrics, preferences, signatures, e-mail address, address, contact number, marital status, photographs, bank account details, credit card details, and other personal data which is submitted or made available by you to us from time to time and all other personal data we collect again from you on any subsequent occasion. Where relevant, we may be required by law to collect certain personal data from you.
3.0 PURPOSE
3.1 Your personal data is being or is to be collected, used, and further processed by us for the following purposes (where relevant):
- performing pre-contractual activities and our contractual obligations with you (such as assessing your application(s)/request(s) for our products/services, to establish your financial standing, employment details, creditworthiness and/or suitability for any of our products/services applied for (if required) and to administer your account with us);
- ensuring the performance by you of your pre-contractual activities and contractual obligations to us;
- for purposes relating to your use of our products/services;
- internal administration and management purposes, including without limitation for purposes related to data storage and management;
- to access any applications or online platforms or sites owned, operated or managed by us or on our behalf (“Platform”);
- communicating with you, dealing with your inquiries or complaints, resolving any issues/disputes and enforcing our rights, including but not limited to obtaining professional advice;
- the operation, management and/or maintenance of our system and our premises;
- business development purposes, market surveys/research and trend analysis such as evaluating the effectiveness of our marketing or advertising content, statistics compilation, reporting, audit, compliance, risk management and assessment, data analytics to improve our services/products and for the purpose of assisting us in any future dealings with you, for example, by identifying your requirements and preferences;
- organising, participating in, managing and/or carrying out duties in connection with our events, contests, tournaments, competitions, programmes and other activities organised or sponsored by us or on our behalf (“Events”) and advertising and providing you with information (such as Events, offers or promotions) relating to our and our related corporations’ and business partners’ products and/or services, including without limitation sending you e-newsletters, promotional marketing materials, seasonal/birthday greetings and messages, gifts and/or vouchers;
- publishing photographs or video footages of you, which are captured during your participation in any of the Events (with or without your name), on our Platform or social media or at our premises;
- complying with applicable laws, contractual, and/or regulatory obligations and related purposes including but not limited to financial or regulatory reporting, audit, and record keeping purposes;
- preventing or investigating any illegal or criminal activities, breaches and complying with any legal or regulatory requirements and/or directions and instructions from any law enforcement officer or governmental and regulatory bodies;
- ascertaining your status or to facilitate us in making any decisions, for example, checking details in applications for credit-related services or other facilities, managing credit-related accounts or facilities (which include conducting reviews of your portfolios), recovering debts;
- contemplated or actual corporate restructuring or corporate transaction involving us including without limitation any merger, acquisition, restructuring and/or reorganization and/or acquisition, disposition, sale, assignment and/or transfer of any or all portion of our business, rights, obligations, assets or stock (“Corporate Transaction”); and/or
- such other purposes authorised by you or directly related or ancillary to the foregoing purposes
(collectively, the “Purposes”).
4.0 SOURCE OF PERSONAL DATA
4.1 Your personal data is being or is to be collected from a variety of sources, including without limitation:
- from the forms submitted or filled in by you or on your behalf to us through the DANAPLUS By Hijrah Selangor Application, YHS Official Website, and/or any other method;
- when you visit our premises in person or use our products and/or services;
- via any Platform and/or cookies;
- when you participate in our Events;
- from any information or document submitted or provided by you to us for any of the Purposes (such as your MyKad or passport);
- when you contact us through various methods such as telephone calls, emails and/or the Platform;
- from any third parties (including without limitation credit reference agencies, regulatory and law enforcement authorities and other third party sources); and/or
- from all other communications between you and us and all other information that you may provide to us from time to time.
5.0 ACCESS TO, CORRECTION OF AND LIMITING THE PROCESSING OF PERSONAL DATA
5.1 Subject to provisions of the Act, you have the right to request access to and to request correction of your personal data. We may refuse to comply with your data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons for our refusal.
5.2 You may limit the processing of your personal data or to request us to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing. You have the right to withdraw your consent previously given to us (in full or in part) by providing us with a notice in writing subject to any applicable legal restrictions and a reasonable duration of time for the withdrawal of consent to be effected. If you limit the processing or withdraw your consent to any or all use of your personal data, it may result in:
- us being unable to continue to administer any arrangement or contractual relationship in place between you and us;
- us being unable to (continue to) perform any of our contractual obligations to you (if any);
- us being unable to process your personal data for any of the Purposes; and/or
- the termination of any arrangements or agreements/contracts between you and us, without any liability on our part ("Consequences”).
5.3 You may contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data via the methods below:
- Sending an email to: cs@hijrahselangor.com.
- Accessing the “Support” button through the DANAPLUS By Hijrah Selangor application.
6.0 DISCLOSURE OF PERSONAL DATA
6.1 We may disclose/transfer your personal data to the following third parties (who may be located within or outside Malaysia) in connection with or for the fulfilment of any of the Purposes:
- our related corporations, affiliates and/or our group companies (“Related Companies”;
- our business partners, contractors and service providers, including without limitation our data centre service providers, storage facility and records management service providers, cloud service providers, Information Technology service providers and/or data analytics and marketing agencies;
- credit reporting/reference agencies and background check agencies which include Central Credit Reference Information System (CCRIS), CTOS Data Systems Sdn Bhd, Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd, Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd or any other agencies that are not mentioned or specified herein;
- our financial and other professional advisors;
- banks, takaful/insurance companies, credit card verification providers and payment processors;
- departments and/or agencies of the Selangor State Government as well as the Federal Government (including without limitation semi-governmental and quasi-governmental departments), regulatory authorities and/or statutory bodies and law enforcement officers;
- such third party as requested for or authorised by you or as required by law;
- your nominee, immediate family members and/or contact person (in case of emergency) as may be notified to us in writing from time to time;
- safety and security personnel;
- our actual or potential assignee, assignor, transferee, transferor, acquirer or acquiree in respect of our rights, interests and properties;
- third parties due to any Corporate Transaction; and/or
- other third parties for any of the Purposes.
6.2 Pursuant to clause 6.1(c) above, you agree that you will be linked by the credit reporting/reference agencies to any other names that you use or may have used, and any joint and several applicants. You also agree that we may share your information and how you manage your accounts or facilities with the relevant credit reporting/reference agencies, and for any of these credit reporting/reference agencies to disclose your credit information to its subscribers.
7.0 INTRA-GROUP DATA SHARING
7.1 Your personal data may be shared with our Related Companies through an intra-group data sharing arrangement, for the following purposes:
- to onboard you and any other relevant actions related to the services and/or businesses of our Related Companies (where applicable); and
- allowing us and our Related Companies to provide you any related services, businesses, and/or customer service, improve such services and/or businesses, and promote such related services and businesses through special promotions, offers or rewards (where applicable).
7.2 Where you have given consent to the sharing of your personal data with our Related Companies, you also provide consent for us to send any correction of Personal Data that you have requested to our Related Companies, to allow them to update their records.
8.0 SECURITY MEASURES
8.1 We take personal data security seriously when processing your personal data. We will put in place practical steps as required by law to protect your personal data from any loss, misuse, modification, unauthorised or accidental access or disclosure, alteration or destruction, including but limited to:
- control and limit our employees’ access to personal data system;
- terminating user ID and password immediately when our authorised employees are no longer handling the personal data;
- keeping all physical files containing personal data in a locked place; and
- ensuring that all our employees involved in processing personal data always protect the confidentiality of your personal data.
9.0 PERSONAL DATA RETENTION PERIOD
9.1 We retain your personal data for as long as is required in order to fulfil the primary Purposes as set out in this Notice. It is our standard practice to retain personal data for no longer than seven (7) years unless permitted or otherwise required by law. We will take all reasonable steps to ensure that your personal data is destroyed or permanently deleted once it is no longer required based on the retention principle and practices set out above.
10.0 PERSONAL DATA OF MINORS AND OTHERS
10.1 In respect of personal data relating to:
- a minor (i.e. individuals under 18 years of age, “Minor”), please note that consent is required from the Minor’s parent or guardian or person who has parental responsibility over the Minor; and
- an individual who is deemed incapable of managing his/her own affairs (“Special Person”), please note that we require consent from the person appointed by a court to manage the Special Person’s affairs or the person who has been legally or validly authorised to act on the Special Person’s behalf.
Where applicable, you hereby confirm that you are authorised to act on the Minor’s or the Special Person’s behalf as described above and that you consent, on the Minor’s or the Special Person’s behalf, to the processing (including disclosure and transfer) of the Minor’s or the Special Person’s personal data in accordance with this Notice. In the event that you submit any of your Personal Data to us (in addition to the Minor’s personal data or the Special Person’s personal data), you also consent to the processing of your Personal Data in accordance with this Notice.
11.0 THIRD PARTY PERSONAL DATA
11.1 We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavours to assist us when required.
11.2 In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.
11.3 Where another person is providing/submitting any of your personal data to us, you agree that you have authorised the disclosure of your personal data to us and consented to the processing of your personal data by us in accordance with this Notice.
12.0 OBLIGATORY PERSONAL DATA
12.1 It is obligatory that you supply us the details marked or specified as compulsory in our forms (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us with any of the compulsory personal data, it may result in any of the Consequences.
13.0 TRANSFER OF PERSONAL DATA TO PLACES OUTSIDE MALAYSIA
13.1 We may, where necessary, transfer your personal data to a place outside of Malaysia and you hereby give your consent to such transfer.
14.0 ACCURACY OF PERSONAL DATA
14.1 You are responsible for ensuring that the information you provide to us is accurate, complete, not misleading and kept up to date. You are required to inform us promptly and accurately of any changes in your personal data in writing to us. Your records will be updated upon receipt of such notice from you.
15.0 CONFLICT
15.1 In the event of any conflict between the Bahasa Melayu version and the English version of this Notice, the Bahasa Melayu version shall prevail over the English version.
16.0 AMENDMENTS
16.1 We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via notices on our Platform, through internal email or other appropriate means. Any such amendments will be effective upon such notification. By continuing to engage with us or accessing our Platform after the issuance of such amendment notice, you will be considered as having agreed to this Notice (as amended and updated).