• Close
Loading...

Troli anda kosong pada masa ini


Subtotal :

RM 0.00
Tax included and shipping calculated at checkout

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. 

Selamat Tahun Baru buat semua di Yayasan Hijrah Selangor!

Dengan berlabuhnya tirai bagi tahun 2024 yang telah memberikan kita banyak pelajaran dan pengalaman yang berharga, Yayasan Hijrah Selangor (YHS) berbangga kerana dapat menutup tirai 2024 dengan meraikan kejayaan para Usahawan Hijrah melalui Anugerah Hijrahpreneur 2024 yang telah dilangsungkan didalam acara yang penuh gilang-gemilang. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh dan bukti dedikasi setiap kakitangan YHS sepanjang tahun 2024. Pencapaian ini juga merupakan sebuah penghormatan besar untuk saya kerana dapat mengetuai dan memimpin organisasi ini. Semoga tahun 2025 akan menjadi titik tolak bagi kita semua membawa YHS ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. 

Seiring berjalannya waktu, kita sebagai sebuah organisasi hendaklah sentiasa memperbaiki cara kita bekerja dengan menguasai ilmu dan kepakaran baru yang membolehkan kita semua menjadi peneraju perubahan budaya di YHS. Setiap dari kita perlulah melepaskan diri daripada terus terbuai dengan cara kerja lapuk yang tidak membawa nilai tambah kepada organisasi dan mula menerapkan cara kerja yang lebih maju dan berdaya saing agar dapat membawa manfaat kepada kesejahteraan organisasi ini. Nilai-nilai ini bukan sahaja perlu diterapkan di tempat kerja malah dalam segala aspek kehidupan kita. 

Di YHS, inovasi merupakan tunjang utama dalam struktur operasi harian kita. Tahun demi tahun, perubahan dan kemajuan teknologi bergerak dengan kadar yang pantas sehingga jumlah pengguna aplikasi digital kini telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. Justeru, hal ini mendorong YHS untuk turut mengikuti peredaran teknologi dengan beralih kepada sistem permohonan pembiayaan digital atau Digital Loan Management System (DLMS). DLMS yang akan segera dilancarkan pada tahun 2025 berupaya untuk meningkatkan produktiviti dan melakar aspirasi digital seterusnya mendukung usaha YHS untuk terus berinovasi. 

DLMS akan membantu meningkatkan pengalaman pelanggan kerana ia menawarkan perkidmatan yang lebih pantas dan mesra pengguna. Salah satu faedah terbesar melaksanakan sistem pengurusan pinjaman digital ini ialah proses manual yang memakan masa dapat diautomasikan, dan ini membolehkan proses penilaian kredit dan kelulusan pembiayaan dibuat dengan lebih cepat. Automasi DLMS ini juga dapat membantu meningkatkan Keselamatan dan Pematuhan Data dengan melindungi maklumat sensitif pelanggan daripada risiko kecurian data. Saya percaya langkah pendigitalan ini dapat membantu YHS kekal relevan dan berdaya saing dalam lanskap kewangan yang semakin maju dan sentiasa berubah mengikut arus kemajuan teknologi. 

Sebagai sebuah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Incorporated) yang menjunjung amanah dari Kerajaan Negeri Selangor, YHS mempunyai tanggungjawab dalam mendukung aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk meningkatkan kesejahteraan dan memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi di negeri Selangor melalui khidmat pembiayaan mikro kredit. Dalam menjaga amanah ini, kejujuran dan keikhlasan perlulah menjadi pegangan utama. Integriti yang kukuh akan memastikan setiap tindakan kita adalah untuk mencapai kebaikan bersama dan sebagai sebuah pasukan yang bekerja ke arah matlamat yang sama, setiap dari kita haruslah mempunyai sifat akauntabiliti yang bergerak seiring dengan misi dan visi organisasi ini. Saya percaya bahawa kejayaan YHS bermula dengan kakitangan yang berdedikasi dan setiap usaha kecil yang kita lakukan akan membawa impak besar kepada para usahawan yang dibantu. Ingatlah bahawa sekecil-kecil usaha yang membuahkan kejayaan untuk YHS adalah kejayaan untuk kita semua. 

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua usahawan dan warga kerja Yayasan Hijrah Selangor. Marilah kita jadikan tahun ini sebagai landasan untuk mencapai pertumbuhan peribadi yang bermakna seiring dengan pertumbuhan organisasi yang memberangsangkan demi kejayaan bersama. Semoga tahun ini menjadi tahun kecemerlangan dan kegemilangan untuk kita capai bersama-sama.

Dato’ Mearia binti Hamzah

Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Hijrah Selangor

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?