• Close
Loading...

Troli anda kosong pada masa ini


Subtotal :

RM 0.00
Tax included and shipping calculated at checkout

Siri 8 dalam Kempen 10 Tahun Kecemerlangan Hijrah Selangor kali ini memang luar biasa! 

Program Hello Wellness! menjadi ruang untuk lebih 140 warga kerja Hijrah Selangor berkumpul di bawah satu bumbung bagi menghidupkan misi gaya hidup sihat, aktif dan fun!

Program dimulakan dengan senaman zumba, diikuti aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma, sesi taklimat integriti serta kesihatan oleh SPRM Negeri Selangor, Hospital SALAM, PERKESO dan rakan strategik lain.

Acara kemuncak menjadi ‘highlights’ apabila gimik pelancaran Logo Baharu Kelab Sukan Hijrah Selangor disempurnakan oleh YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan. YB Najwan turut menurunkan tandatangan beliau pada jersi baharu Kelab Sukan Hijrah Selangor, disaksikan oleh barisan kepimpinan Hijrah Selangor serta perarakan masuk kontinjen.

Logo baru, nafas baru, semangat baru! Dengan identiti baharu ini, diharap warga Hijrah Selangor bergerak sebagai satu pasukan yang lebih bertenaga dan lebih bersedia untuk beraksi di pejabat mahupun di arena sukan. 

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?