• Close
Loading...

Troli anda kosong pada masa ini


Subtotal :

RM 0.00
Tax included and shipping calculated at checkout

 

SHAH ALAM, 5 MAC: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) kini boleh melakukan semakan baki pembiayaan perniagaan secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan, usahawan boleh mendaftar akaun untuk tujuan berkenaan menerusi pautan mikrokredit.selangor.gov.my/

“Sila rujuk pegawai kutipan di cawangan bagi membantu anda. Terima kasih atas komitmen anda bersama Hijrah,” tulisnya menerusi Facebook semalam.

Hijrah Selangor menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Pinjaman diberikan dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM100,000 mengikut syarat ditetapkan.

Sehingga Jun 2023, seramai 58,464 peserta terlibat dengan dana lebih RM768.8 juta. Seramai 34,823 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Sejak penubuhannya pada 2015, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu agensi berkenaan turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

 

Lorem Ipsum Dolor Sir Amet

Lorem ipsum dolor, sit amet consectetur adipisicing elit. Iure quis aut, tempore nemo delectus veritatis vel inventore exercitationem nobis, explicabo quo nulla architecto iste eveniet in autem corporis optio labore?